Friday, September 23, 2005

assalamualaikum

alhamdulillah aku selamat sampai di bumi cork pukol 2030 waktu cork bersamer 4 org lagi rakan seuniversiti...flight ke london sungguh2 lah membosankan..aku ulang tgk citer sembilu 2005 berkali2 maser dlm flight tuh..kuikuikui..yer arr..dah takder aper nk buat sgt..movie lelain pun buhsan giler..yg best pun ader la mr and mrs smith..yg nih pun aku berulang2 kali tgk..huhu

ok...skang nih tgh jetlag lg..mlm yg aku sampai tuh aku tido selamer 12 jam..haha..pastuh utk mlm tadi..aku tido sejak pukul 630 pm sampai kol 4 pg...bgn utk semayang jer..makan pun malas...hehe..menurut seorg psychiatrist, sbnrnyer jetlag nih kiter kener lawan kalo tak blh jd giler...heh..tp tak mampu aku nak melwannyer..tpakser akur jer dgn kehendak badan...

okler setakat ini dahulu catatan aku..mungkin akan sambung lg di kemudian hari wassalam

Tuesday, September 13, 2005

HIDUP INI BUKAN UNTUK BERSEDIH

Renungan

JANGAN BERSEDIH !! Sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatanmu pada hari ini.

JANGAN BERSEDIH !! Sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menghilang.

JANGAN BERSEDIH, sebab kesedihan hanya akan mmbuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

JANGAN BERSEDIH !! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha, dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci tehadap nikmat.

JANGAN BERSEDIH !! Sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak mampu menolak taqdir, dan tidak mendatangkan manfaat.

JANGAN BERSEDIH !! Sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu. Dan Kami telah menghilangkan darimu beban. Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan) kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap. (Al-Insyirah 1-8)Petikan dari LA-TAHZAN, Dr ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

tambahan sedikit..hidup ini adalah indah jika segalanya adalah kerana Allah..niatkan segala amal kita hanya kerana Allah..insyaAllah kita akan raser hidup kiter lebih luas drpd aper yg kiter nampak..jd aper2 pun yg berlaku, kita tak akan raser sedey..bkn la plak maksud aku kiter kener berserah jer pd takdir tanpa bekerja dan berusaha..usaha tetap kener usaha...tp aper yg berlaku selepas kiter useher adalah ketentuan Allah...kita bekerja dan berusaha adalah kerana mendptkn keredhaan Allah dan bukannyer kerana kita nak mendapatkan aper yg kiter nak..jd insyaAllah kiter tak akan beraser sedih sekiranyer bender yg kita usahakan tu tak membuahkan hasil seperti mana yg kita inginkan...peringatan ini ditujukan buat diri sendiri dan juger rakan2 (kalau ader la yg bacer blog aku nih)...juger artikel di atas telah diciplak dr email yg dihantar oleh seorg sahabat..bkn karya sebenar..heheh..saya budak masih jahil..salah dan silap sila tegurkan..sekian, wassalam

Thursday, May 26, 2005

assalamualaikum

Prinsip kita peribadi kita....

Seseorang yang masuk kerja pukul 8.35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8.30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2.00 pm atau 2.30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar 1 - 1.30 pm.Bukankah ini salah faham namanya?

Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tidak boleh tinggal rokok ciptaan mereka, tinggalkan barangan keluaran mereka, makanan segera ciptaan mereka, memuja penyanyi mereka, menggilai dan membanggakan artis Hollywood dan ada antara kita menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang sarat dengan propaganda terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita menentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang?

Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi, melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (boleh la dikira saham Akhirat) untuk membantu manusia yang memerlukan, nak mengumpukan RM1 juta pun payah dari rakyat Malaysia yang bilangannya lebih dari 22 juta orang ini malah ada yang ambil masa berbulan bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta? Amanah Saham untuk masa depan di dunia atau Amanah Saham untuk masa depan di akhirat?

Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata tempat seperti sampah TETAPI kita jarang sensitif dan terharu bila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah (mengenalkannya Allah, mengajar sembahyang, mendidik anak menjaga aurat dan kehormatan dirinya dan sebagainya) agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan terseksa di Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak ke dalam api neraka? Mana lebih hina, buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api neraka?

Kita selalunya akan mudah ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Allah yang memberikan kita nyawa dan segala nikmat yang tak terhitung banyaknya sehingga tak termampu untuk dibalas, setiap detik dan setiap masa kita jarang (mungkin juga tak pernah) terhutang budi dan berterima kasih kepadaNya dengan cara yang dituntutNya. Payah benarkah?

Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI kita tidak sikit pun rasa malu dengan Allah yang sudah sedia tahu kesalahan kita zahir dan batin, kecil dan besar.Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah dan sebagainya sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.Hidup Hanya Sekali, Jadikanlah Hidup Kita Hanya Kerana Allah Mati Hanya Sekali, Jadikanlah Matinya Kita Di Jalan Allah

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Al Baqarah:216)

diciplak dari bulletin board friendster..hheheh..hakcipta terpelihara.. :>
sekian, wassalam

Sunday, May 15, 2005

xm sudah tamat...

assalamualaikum..

xm ku sudah tamat..maser yg terluang byk septtnyer diisi dgn perkare berfaedah..telah byk maser ku habiskan untuk menuntut ilmu dunier (atau ilmu sihir??hehe)…sebnrnyer kalo kter reflect blk..bkn urusan agama yg mengganggu urusan dunia..ttp sebaliknyer urusan dunier lah yg mengganggu kiter dr melakukan urusan akhirat..kita sering saja menggunakan alasan utk stadi atau mengatakan yg kiter sebok dgn bermcm2 urusan peribadi tatkala diajak melakukan perkara2 kebaikan..cthnyer jika kita diajak dtg usrah kita seringkali mengatakan yg kita mahu luangkan masa tersebut dgn mengulangkaji pelajaran..jika dilihat di situ..bkn usrah yg ganggu kita drpd mengulangkaji pelajaran, tetapi sbb kiter nak stadi lah yg menyebabkan kiter tak dpt dtg usrah...jd benarlah urusan dunia yg menganggu kiter dr menunaikan tanggungjawab kiter terhadap Allah swt dan bukannyer yg sebaliknyer..bknla pulak aku nak kater kiter mesti letakkan urusan akhirat di tempat yg ke 2..urusan akhirat sentiasa mesti diletakkan di tempat teratas..jadilah seorg muslim yg belajar dan bknnyer seorg pelajar yg beragama islam..heh..paham ke aper yg aku cuber sampaikan nih..jd sahabat sekalian, selesaikanlah urusan dunia mu agar ia tidak menganggu kiter drpd menunaikan tanggungjawab kiter sebagai hamba Allah..oleh itu, setelah selesai urusan dunier maka marilah kita sama2 mengambil peluang yg masih ada ini untuk mendalami ilmu islam..rebutlah peluang yg masih ada sebelum ia terlepas begitu sahaja..rebutlah 5 perkara sebelum dtgnyer lg 5 perkare..dan antara perkara yg perlu dimanfaatkan sebaiknya ketika ini adalah masa lapang sebelum sibuk..sbnrnyer kelime2 perkare tuh perlu kita manfaatkan sebaiknya seblum dtg lg 5 perkara..sihat sebelum sakit..muda sebelum tua..kaya sebelum miskin…LAPANG SEBELUM SEMPIT…dan yg lg 1 nih kalo kiter tak manfaatkan sebaiknyer mmg tiada jalan pulang lg utk kita mengulanginyer…i.e HIDUP SEBELUM MATI…ok lah..peringatan ini ditujukan terutamanya buat diri seniri dan juga buat saper2 yg bacer blog aku nih..andai ada yg tersilap siler betulkan..sayer budak baru belajar..salah dan silap tolong tunjukkan..sekian, wassalam

Monday, March 21, 2005

sedikit peringatan...

assalamualaikum

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."Surah Yusuf ayat 12

Tuesday, March 15, 2005

updated..

assalamualaikum..

hmm..tetiber aku raser best plak lirik nasyid nih..haha

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini Hanya padaMu, oh Tuhan
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini