Thursday, May 26, 2005

assalamualaikum

Prinsip kita peribadi kita....

Seseorang yang masuk kerja pukul 8.35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8.30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2.00 pm atau 2.30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar 1 - 1.30 pm.Bukankah ini salah faham namanya?

Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tidak boleh tinggal rokok ciptaan mereka, tinggalkan barangan keluaran mereka, makanan segera ciptaan mereka, memuja penyanyi mereka, menggilai dan membanggakan artis Hollywood dan ada antara kita menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang sarat dengan propaganda terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita menentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang?

Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi, melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (boleh la dikira saham Akhirat) untuk membantu manusia yang memerlukan, nak mengumpukan RM1 juta pun payah dari rakyat Malaysia yang bilangannya lebih dari 22 juta orang ini malah ada yang ambil masa berbulan bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta? Amanah Saham untuk masa depan di dunia atau Amanah Saham untuk masa depan di akhirat?

Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata tempat seperti sampah TETAPI kita jarang sensitif dan terharu bila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah (mengenalkannya Allah, mengajar sembahyang, mendidik anak menjaga aurat dan kehormatan dirinya dan sebagainya) agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan terseksa di Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak ke dalam api neraka? Mana lebih hina, buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api neraka?

Kita selalunya akan mudah ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Allah yang memberikan kita nyawa dan segala nikmat yang tak terhitung banyaknya sehingga tak termampu untuk dibalas, setiap detik dan setiap masa kita jarang (mungkin juga tak pernah) terhutang budi dan berterima kasih kepadaNya dengan cara yang dituntutNya. Payah benarkah?

Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI kita tidak sikit pun rasa malu dengan Allah yang sudah sedia tahu kesalahan kita zahir dan batin, kecil dan besar.Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah dan sebagainya sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.Hidup Hanya Sekali, Jadikanlah Hidup Kita Hanya Kerana Allah Mati Hanya Sekali, Jadikanlah Matinya Kita Di Jalan Allah

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Al Baqarah:216)

diciplak dari bulletin board friendster..hheheh..hakcipta terpelihara.. :>
sekian, wassalam

Sunday, May 15, 2005

xm sudah tamat...

assalamualaikum..

xm ku sudah tamat..maser yg terluang byk septtnyer diisi dgn perkare berfaedah..telah byk maser ku habiskan untuk menuntut ilmu dunier (atau ilmu sihir??hehe)…sebnrnyer kalo kter reflect blk..bkn urusan agama yg mengganggu urusan dunia..ttp sebaliknyer urusan dunier lah yg mengganggu kiter dr melakukan urusan akhirat..kita sering saja menggunakan alasan utk stadi atau mengatakan yg kiter sebok dgn bermcm2 urusan peribadi tatkala diajak melakukan perkara2 kebaikan..cthnyer jika kita diajak dtg usrah kita seringkali mengatakan yg kita mahu luangkan masa tersebut dgn mengulangkaji pelajaran..jika dilihat di situ..bkn usrah yg ganggu kita drpd mengulangkaji pelajaran, tetapi sbb kiter nak stadi lah yg menyebabkan kiter tak dpt dtg usrah...jd benarlah urusan dunia yg menganggu kiter dr menunaikan tanggungjawab kiter terhadap Allah swt dan bukannyer yg sebaliknyer..bknla pulak aku nak kater kiter mesti letakkan urusan akhirat di tempat yg ke 2..urusan akhirat sentiasa mesti diletakkan di tempat teratas..jadilah seorg muslim yg belajar dan bknnyer seorg pelajar yg beragama islam..heh..paham ke aper yg aku cuber sampaikan nih..jd sahabat sekalian, selesaikanlah urusan dunia mu agar ia tidak menganggu kiter drpd menunaikan tanggungjawab kiter sebagai hamba Allah..oleh itu, setelah selesai urusan dunier maka marilah kita sama2 mengambil peluang yg masih ada ini untuk mendalami ilmu islam..rebutlah peluang yg masih ada sebelum ia terlepas begitu sahaja..rebutlah 5 perkara sebelum dtgnyer lg 5 perkare..dan antara perkara yg perlu dimanfaatkan sebaiknya ketika ini adalah masa lapang sebelum sibuk..sbnrnyer kelime2 perkare tuh perlu kita manfaatkan sebaiknya seblum dtg lg 5 perkara..sihat sebelum sakit..muda sebelum tua..kaya sebelum miskin…LAPANG SEBELUM SEMPIT…dan yg lg 1 nih kalo kiter tak manfaatkan sebaiknyer mmg tiada jalan pulang lg utk kita mengulanginyer…i.e HIDUP SEBELUM MATI…ok lah..peringatan ini ditujukan terutamanya buat diri seniri dan juga buat saper2 yg bacer blog aku nih..andai ada yg tersilap siler betulkan..sayer budak baru belajar..salah dan silap tolong tunjukkan..sekian, wassalam