Tuesday, November 14, 2006

kami dan kamu...

assalamualaikum,

hmm..sudah hampir sebulan saya batuk dan selesama..
tak tahu apa penyebabnya..
sebagai kafarah dosa kecil agaknya..namun, redha sahaja...

minggu lepas minggu yang sangat memenatkan emosi saya sebagai seorang lelaki muslim. benar2 mencabar prinsip, gerak kerja serta motivasi dan juga emosi saya. pertama, isu ijazah saya..malu hendak diceritakan di sini..cukuplah sekadar menagatakan yang saya sebenarnya tidak begitu serius dalam menjalankan tugas saya sebagai seorang muslim yang sedang belajar. mungkin saya perlu muhasabah diri sendiri kenapa ia blh berlaku sedemikian rupa..sepatutnya ijazah saya sama naiknya sahaja dengan risalah yang ingin saya sampaikan (saper nak dgr ckp ko kalo ko x der modal nak cakap??) saya mohon pada Allah agar ia tidak menjadi kpd fitnah kpd risalah yang ingin saya bawa..kerana apa yang berlaku bknlah krn risalah yg saya perjuangkan tetapi krn kelalaian saya dlm menjalankan tugas sbg seorang daie..ramai sahaja yang boleh berjaya ijazah dgn cemerlang tanpa memberi kesan langsung kepada aktiviti daawah mereka..

isu kedua..hmm..tidak perlulah saya ungkapkan di sini..biarlah orang2 terlbat shj yg mengetahuinya...semoga kita semua diredhai Allah...

sekian, wassalam