Saturday, December 08, 2007

Jahiliyyah no more..a living example from sahabah


The unruly Arabs, who were so lawless in their ways, surrendered themselves so absolutely to the guidance of the Faith that it was impossible for them to infringe the Divine Law. They accepted the Sovereignty of God in its fullest sense. In peace and in war, in joy and in sorrow, in every relationship of life, at each turn of affairs and in the minutest details of their concerns they looked to His guidance and help and carried out His commands without the slightest demur.

They had known paganism, having been born and brought up in it. They could, therefore, fully appreciate the value of Islam and understand that Islam meant the replacement of one mode of life by another, leaving the anarchy of desire for the rule of God. Before Islam, they were at war with God; now they were His willing slaves. There could be no room for one's personal opinion after the Word of God had come. To disobey the Prophet s.a.w, to dispute with him, to take one's case to a court other than the one in which the law of God was dispensed, to give priority to one's family tradition over Faith — these things were out of the question. They rejected paganism in toto and entered wholeheartedly into a new and fuller existence.

Fadalah ibn 'Umair al-Laythi once planned to assassinate the Prophet s.a.w during the tawaf of the Kaabah . As Fadalah drew near him, the prophet s.a.w inquired, “Is it you, Fadalah?” “Yes, it is I oh Propher of God," he replied. "Tell me," the Prophet s.a.w asked, "with what intentions have you come?" "There is nothing to tell," replied Fadalah, "I was only remembering God." The Prophet s.a.w smiled and placed his hand over Fadalah's heart. The peace of Fadalah's heart was restored. He, afterwards, would say that as soon as the hand was lifted, the Prophet s.a.w appeared to be so handsome, as if God had not created anything in the world more beautiful than he. On his return, Fadalah met his mistress who invited him to chat, but he declined. He said that there could be no scope for such a thing after one had submitted to Islam.

komen: kagum dengan sikap para sahabat terhadap hidayah yang diterima..some say that.."sahabat.boleh la..ader sentuhan rasulullah..kiter nih..jauh dari Rasulullah..maner logik nak capai mcm maner yg sahabat capai"..

memang lah kiter tak ader Rasulullah saw dengan kita secara fizikal..tetapi bukankah kehadiran Rasulullah saw itu boleh dirasai dengan mengkaji sirahnya? bukankah kewujudan Rasulullah tatkala ini boleh dirasai dengan mengamalkan sunnahnya..bknkah Rasulullah dapat dirasai ruhnya dengan beriman sepenuhnya dengan ajaran baginda?...atau adakah kita terus menerus mahu memberikan alasan? alasan yang mana hanya mahu membetulkan hawa kita...hawa kita yang selalu menyalahkan persekitaran kerana menjahiliyyahkan kita..sedangkan pilihan untuk menjadi jahiliyyah atau tidak itu terletak sepenuhnya terhadap pengusaan kita terhadap diri kita sendiri..memetik mafhum hadith rasulullah saw "addin itu nasihat..untuk siapa?..utk Allah, kitabnya, rasulnya, ketua org mukmin dan juga utk kaum muslimin"...

PILIHAN DI TANGAN ANDA! JAHILIYYAH ATAU ISLAM...

Sunday, November 25, 2007

Ukhuwwah..what it actually means

Ukhuwwah Fillah, Hubungan Sentimental:

Sayid Qutb berkata:" Hubungan yang sentimental dan kudus. Bukan sekadar menatijahkan komitmen-komitmen yang terhad seperti hak pesaka atau perkongsian membayar diat yang dinatijahkan oleh hubungan darah yang suatu ketika dahulu diwajibkan juga dengan sebab menjadikan seseorang sebagai anak angkat (tabanni). Supaya pengambilan anak angkat tanpa sebarang ikatan nasab tidak berlaku di dalam jamaah muslimah (masyarakat Islam) selepas ia dibatalkan".

Hubungan ukhuwah ada realitinya. Antaranya kisah persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar. Ia merupakan salah satu dari banyak kisah yang benar-benar berlaku di alam nyata sekalipun nampak pada tabiatnya lebih hampir kepada gambaran mimpi. Sesungguhnya ia adalah realiti yang telah berlangsung di bumi ini tetapi pada hakikatnya ia sebenarnya datang dari alam dan syurga yang kekal abadi.

Bergandingan, menuju matlamat suciMembasmi fasad yang angkuh dan merajalelaMembenteras penyamun dan segala pengkhianat

Ukhuwah Syiar Ummah
Ukhuwah menurut Islam adalah semata-mata kerana Allah, menepati manhajNya dengan tujuan merealisasikannya. Ukhuwah yang terpancar dari taqwa dan Islam. Batu asasnya ialah perpaduan di atas tali Allah; janji, manhaj dan agamaNya. Bukan hanya perkumpulan atas nama mana-mana tasawwur dan matlamat, dan bukan melalui tali-tali jahiliah yang lain.

Maksudnya:

Ukhuwah yang bersatu padu dengan tali Allah ini merupakan nikmat kurniaan Allah kepada jamaah muslimah, nikmat yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikasihiNya. Dengan itu jamaah muslimah di Madinah tertegak di atas dua asas;

i) Iman dengan Allah yang terpancar dari makrifah dan pencernaan sifatNya di hati, taqwa, muraqabah, yaqazah dan sentiviti yang memuncak

ii) Limpahan rasa cinta yang mendalam, kasih sayang yang suci dan indah serta permuafakatan yang sungguh-sungguh dan mendalam. Kalaulah ia tidak benar-benar berlaku, maka ia dikira sebagai mimpi-mimpi indah di malam pengantin.

Justeru itu kita perlu kembali untuk cuba merealisasikan pengertian ukhuwah sebagai sebahagian dari percubaan untuk menghidupkan semula fiqh dakwah. Sesungguhnya ukhuwah adalah syiar dakwah kita, lambang identiti dan perjanjian yang dimeterikan.
Rentetan pengalaman sentiasa membekalkan dakwah suci ini dengan pengetahuan-pengetahuan baru yang mendorong ia mencari apa jua wasilah ke arah mencapai kelebihan ini, dan menghimpunkan pendokong-pendokongnya di atas asas mahabbah, muafakat dan toleransi. Sebagai tanda kesempurnaan binaan tinggi yang terpacak kukuh ini, anda dapat melihat dari jauh lagi kesatuan pendapat, buah fikiran, imaginasi, harapan dan destinasi, kesatuan hati dan ruh, bahkan kesatuan lafaz juga. Anda tidak akan mendengar kecuali laungan yang satu meneriakkan kefahaman yang satu dengan ungkapan yang hampir serupa. Itulah yang dicitakan oleh Iqbal dengan syair beliau;

Dengan nikmatNya kita bersaudara, Hati, ruh dan ungkapan kita serupa.
Kesatuan hati sahaja tidak memadai, sehingga lahir kesatuan ungkapan.
Hati yang sakit tidak mengenal kebaikan Tiada reformasi tanpa memperbaiki diri
Bilakah ummah akan bangkit sedang hati ternoda, Saf tidak terjaga, kesatuan porak peranda.

IKATAN UKHUWAH DAN CARA MEREALISASIKANNYA.

Di dalam bukunya "Peringatan Buat Para Daie" Maududi berpendapat:
Di samping sifat-sifat peribadi yang dituntut dari seorang pendakwah, kita juga memerlukan sifat-sifat dan akhlak-akhlak lain untuk mengasaskan dan menjaga kehidupan berjamaah. Tidak dapat dinafikan bahawa untuk memastikan peraturan jamaah berjalan lancar serta memaksimumkan keserasian dan faedahnya, para ahli mestilah saling kasih-mengasihi dan percaya mempercayai antara satu sama lain, sedia bertukar-tukar nasihat dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran demi kemajuan diri sendiri dan mereka yang bersamanya di jalan dakwah. Mana-mana jamaah pun di muka bumi ini tidak boleh terkecuali daripada memiliki sifat-sifat ini. Andaikata setiap individu menghiasi diri masing-masing dengan sifat-sifat dan akhlak terpuji yang paling tinggi, tetapi mereka tidak bergabung dengan ikatan ukhuwah, tidak meladani akhlak berjamaah di atas, nescaya mereka tidak akan mampu untuk menghadapi dan melawan kebatilan. Ternyata setiap individu itu saling lengkap melengkapi dengan orang lain dalam kehidupan di dunia ini. Jika ukhuwwah seperti muafakat yang baik, simpati, ikhlas, ithar dan pengorbanan tidak wujud di kalangan mereka, pasti kelainan tabiat mereka akan menggagalkan sebarang usaha kerjasama mereka kerana ia hanya berjalan berasaskan prinsip "Ketepikan kecenderunganmu kerana saudaramu, dan beliau pula mengenepikan keinginannya keranamu". Sifat ithar dan pengorbanan ini sangat penting.

Daripada Anas (r.a), seorang lelaki bertanya kepada nabi (s.a.w) tentang hari kiamat. Beliau berkata: Bilakah kiamat? Baginda menjawab: Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapinya? Beliau menjawab: Tiada apa-apa kecuali perasaan kasihku kepada Allah dan rasulNya. Baginda bersabda: Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi. Anas berkata: Tiada yang lebih mengembirakan kami selain daripada sabda baginda "Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi". Aku mengasihi nabi, Abu Bakar dan Omar, dan aku harap dapat bersama mereka walau pun amalanku tidak sebaik amalan mereka.

Bagaimana Merealisasikan Ukhuwah

Sabda Rasulullah (s.a.w) mafhumnya:
Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu tidak beriman sehinggalah kamu berkasih sayang. Apakah kamu mahu aku tunjukkan suatu perkara apabila kamu melakukannya kamu akan berkasih sayang. Sebarkanlah salam di antara kamu.

As-Syahid Sayid Qutb berkata: Para pendakwah, penyeru kepada kebaikan dan pencegah kemungkaran mesti memiliki iman yang akan menjamin penerusan mereka di atas jalan yang sukar ini, menanggung bebanannya ketika mereka terpaksa menghadapi kejahatan yang merajalela dengan segala keingkaran dan keangkuhannya, menghadapi gelombang syahwat yang menggunung, menghadapi penurunan semangat dan keazaman serta kesukaran untuk membasmi ketamakan... Dan bekalan mereka ialah iman , imanlah senjata mereka dan Allah sahajalah sandaran mereka... semua bekalan selain iman pasti akan kehabisan, semua senjata selain iman pasti akan lemah dan semua sandaran selain Allah pasti akan roboh.
Iqbal memberitahu kita peranan iman menyatukan tasawwur seperti yang ditegaskan oleh Sayid Qutb:

Pendapat dan fikrah kita disatukan Bagai anak-anak panah dalam satu bekas
Kita adalah fikrah dan imaginasi yang satu Harapan dan kecenderungan yang satu iii
Inilah kesatuan yang semaksimumnya dengan wasilah yang paling minimum. Pandangan, fikrah, imaginasi, harapan dan kecenderungan yang satu. Semua ini dibuahkan oleh iman. Alangkah mudah penghasilannya bagi mereka yang memiliki hati yang dibajai oleh iman ini.
Para sahabat dan tabien telah meletakkan alamat-alamat mewangi berdasarkan pengalaman mereka yang amat bernilai:* Duduklah bersama kami, kita merasai sedetik iman.* Marilah merasai sedetik iman.* Majulah bersama kami meningkatkan iman.* Duduklah sehingga siapa yang jahil mengerti.* Wahai hati, kesihanilah daku, aku sering melakukan kekasaran.* Marilah bermunajat di mihrab.

Namakan ia apa saja, cogan kata atau seruan. Apa jua namanya, ia tetap merupakan kaedah amal yang mesti dipatuhi oleh sesiapa yang berusaha menyatukan hati-hati manusia.
Setiap muslim mesti kembali berteduh di bawah situasi ini... situasi persaudaraan imani dan tiangnya yang teguh ... agar hatinya tenteram, menikmati kedamaian di bawah payungan jamaah seperti burung-burung kembali ke sarang-sarang dan tempat persinggahannya sebagai tempat kediamannya yang dipayungi dengan ketenangan hakiki.

Rintangan-rintangan ukhuwwah
Penghayatan ini akan menatijahkan pertemuan dan perhimpunan. Oleh itu perlulah diketahui tanda-tanda perhimpunan yang bermanfaat dan dijauhi dari beberapa keburukan yang mengiringinya.

Kesimpulannya: Berusaha mencari manfaat kerana Ad-Din. Itulah perkataan yang paling jami' dan mani'(paling tepat) dan paling ringkas dalam panduan berukhuwwah. Zainal Abidin Ali bin al-Husain bin Ali (r.a) menggarapnya dengan kata-kata beliau; "Seseorang itu hendaklah hanya duduk bersama orang yang dapat memberi manfaat untuk agamanya".
Iqbal menghuraikannya dengan untaian syairnya yang tegas tanpa mengingini kita memanjangkan bicara. Beliau bermunajat kepada Allah (s.w.t)
Kesimpulan kepada prosa ini ialah: Sesungguhnya seorang Daie Muslim merupakan penyeru kepada yang lain di mana ia tidak ada hubungan langsung dengan dunia. Hubungannya hanya dengan akhirat, kerinduannya hanya kepada syurga.Antaranya dan dunia tidak ada tali penghubung.Sekiranya engkau lari daripadanya nescaya engkau akan mendapatinya. Sesungguhnya itulah sebenarnya sahabatmu.Bersaudaralah, kasihilah, bertemankanlah dan berikanlah kepadanya seperti yang dia berikan kepadamu. Kalau tidak engkau adalah seorang yang lemah. Amat benarlah kata-kata yang mengatakan:"Selemah-lemah manusia ialah orang yang keterlaluan dalam mencari saudara dan lebih lemah lagi daripadanya ialah orang yang mensia-siakan apa yang telah didapatinya". Maka carilah saudara, mudah-mudahan kami dapat mengangkat daripada engkau sifat kelemahan tersebut.

Dalam masalah ini Ibnu Qaiyim memberikan ungkapan ringkas tetapi menyeluruh, lahir dari pengalaman seorang daie yang benar-benar peka. Beliau adalah seorang yang berpengalaman dalam banyak majlis-majlis yang diadakan pada zamannya. Kata beliau:
Pertemuan dengan saudara terbahagi dua;
1) Pertemuan semata-mata memenuhi kehendak naluri dan menghabiskan waktu. Pertemuan ini, keburukannya lebih besar dari manfaatnya, sekurang-kurangnya ia merosakkan hati dan menyia-nyiakan waktu.
2) Pertemuan kerana saling bantu membantu mencapai kejayaan dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Pertemuan seperti ini membuahkan dana yang besar dan menguntungkan.
Begitu pun ia mempunyai tiga rintangan:
i) Masing-masing menghiasi diri untuk sebahagian yang lain.
ii) Bercakap dan bergaul melebihi keperluan.
iii) Ia bertukar menjadi hobi dan budaya yang menyimpang dari tujuan asal.

Andaikata budaya berhias-hias dan membuang waktu mempunyai kesan yang terhad, ia dapat diatasi dengan sedikit kejutan dan peringatan tetapi ternyata kedua rintangan ini kesannya luas menjangkau keduanya dan dapat melahirkan sikap `sukar memberi kemaafan' di kala keduanya (penyakit) berkumpul. Sedangkan kehidupan bermasyarakat amat perlu kepada akhlak toleransi dan sedikit kelonggaran bagi mereka yang menghidupkannya.Sebenarnya inilah punca yang menyebabkan ulama silam dan sekarang sentiasa berpesan dengan sifat berlapang dada dan berkasih sayang.

Tuesday, October 30, 2007

10 Muwasafat tarbiyyah

Assalamualaikum..

Imam syahid Hassan Al Banna telah menggariskan beberapa sifat yang perlu dimiliki oleh seorang individu dalam memenuhi kerangka sebagai seorang muslim yang benar2 beramal dengan islam. Marilah kita bersama berusaha sedaya mungkin untuk memiliki ciri ciri ini...

  1. Kuat tubuh badan
  2. Akhlak yang mantap
  3. Fikiran yang berpengetahuan
  4. Mampu berusaha
  5. Akidah yang sejahtera
  6. Ibadah yang betul
  7. Mampu melawan nafsu
  8. Menjaga waktu
  9. Tersusun dalam urusan
  10. Berguna untuk orang lain.

Strive for excellence...

"hal jaza'ul ihsan ni ilal ihsan"...tidak ada balasan ihsan selain ihsan.. arrahman : 60

Saturday, October 20, 2007

The Open House..


.:Uhibbukum Fillah:.



.:The Foods:.



.:The Guests:.




.:The Guests:.




.:The Guests:.


.:The Guestbook..Thanks For Coming:.





Jazakumullah all..

wassalam







Monday, October 15, 2007

Sunday, October 14, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Selamat hari raya aidilfitri..
Buat teman2 dan rakan seperjuangan sekalian..
Semoga amalan kita diterima olehNya..
Selamat menjadi manusia yang baru..
Semoga segala dosa yang lalu diampuni Allah swt..

wassalam

Wednesday, October 10, 2007

Best sangat ke PMS nih?

Ader Aper Dengan PMS
Oleh : Es Kay..peserta PMS 2006

Alhamdullah, bersyukur aku kehadrat Penguasa sekalian alam kerana dengan izinNya aku yang hina ini diberi peluang untuk berkomentar berkenaan Perhimpunan Musim Sejuk UK & Eire (PMS) atau juga dikenal pasti sebagai Winter Gathering dan tidak ketinggalan ada yang memanggilnya Winter Retreat. Walau apapun namanya,ia merujuk kepada suatu agenda yang sama, yang pastinya ditunggu-tunggu segenap lapisan usia pelajar UK & Ireland, satu percutian penuh suka duka,satu memori tak dilupa,sarat dengan ilmu pembuka minda, pemangkin taqwa.

Bile bercakap berkenaan perhimpunan pastinya ramai benar yang hadir. PMS yg lepas bagi aku bukan setakat menghimpunkan ramai orang dari seluruh pelusuk UK & Ireland, malah ade juga orang yang dari Malaysia pon ader. Macam-macam jenis student ade, engineering, teachers, medic jangan dibilang la. Majority.. Malah yang buat IB pon ade. Hidup diperantauan nih, jika bertemu teman sepermainan, teman sepertengkaran, teman seperjuangan…pastinya nikmat dunia kurniaan Tuhan maha kaya yang laen kelihatan murah skali. Persahabatan lama semakin utuh persaudaraan baru terjalin, ukhuwah yang berkekalan pada jalan Illahi.

Macam mane pulak dengan aktiviti. Senang cerite almost complete. Rohani, jasmani, mental dan fizikal sumer ader..best ke tak best tu subjektif. Tetapi bagi aku memang best. Lupe pulak nak bagitau, tema tahun lepas ‘Magnificient Of The Ummmah. One Aspiration, One Inspiration, One Mission (AIM)’. Tema pon dah gempak. Apetah lagi isinya. Disini baru aku rasekan bertape bangganye aku menjadi seorang Muslim. Bukan seperti sebelumnya, malu dan takut dipandang orang bukan Islam kerana title terrorist yang tak berasas. Banyak sagat aktiviti yang best, nak cerite semua pastinya tak cukup kertas. Tapi yang paling memenatkan mase buat Explorace. Habis satu Bandar Warrik aku jelajahi. Lupa nak bagitau, tahun lepas buat kat Conventry, dekat dengan Birmingham. Warrik tuh dalam 45 minit dari Conventry, siap kene naek bas. Yang bestnyer sbb dpt jln2 pusing2 warwick sambil bergambar. Ade jugak pengisian yang disampaikan oleh penceramah dr serata dunia, antaranya Ustaz Muhaimin dari Malaysia dan Ustaz Salleh dari Brunei. Bro Waseem Yaacob Pakistani English dan tokoh dari Egypt, Dr. Kamal Helbawy, Chairman of the Centre For The Study Of Terrorism and Muslim Investment Cooperation. Yang pastinya, input yang diberi memang sukar didengar dimana-mana tempat lain. Kalau biasenye boleh tertidur mase dengar ceramah, aku la tu rasenye, tapi tidak mase PMS yang aku hadiri dulu. Ape lah ertinya percutian menelan belanje mase yang berharga sebuah nyawa seperti kata Saidina Omar, atau emas bertan-tan bak kata orang Melayu lame dan baru. kalau hanya pulang dengan keseronokan dan gambar-gambar kenangan.

Ade lagi satu bende best. Yang nih musti join. Ade aktiviti Pre-PMS and Post-PMS. Aktiviti jalan-jalan sebenarnye. Aku join Pre aje. Tak dapat join Post-PMS sebab dah cukup kuota. Tahun lepas Pre-PMS ade 2 group, satu pergi jelajah London dan South part of UK. Satu lagi pergi Sepanyol. Post-PMS pulak yang aku tahu pergi France. Rasenye ade gak trip ke tempat laen. Tapi aku tak pasti. Sebab frust tak dapat join Post-PMS. Inilah akibat lambat sangat sign up. Pengajaran. Bunyinye macam banyaknye la berjalan-jalan. Macam mane pulak pasal perbelanjaan. Persoalan ini tak perlu dirisaukan. Sebab sume senior baek hati belaka. Bukan maksudnye akan dibelanje, tapi setiap sen yang dikeluarkan diatur dengan baek sekali. Inilah mase terbaek untuk kite kenal benar siapa rakan kite. Saidina Ali rasenye ade cakap, kalau kite nak kenal benar dengan rakan kite keluarlah bermusafir bersamanya selama 7 hari. Tidur bersama, makan bersama, susah bersama, senang bersama. Alangkah indahnya hidup di perantauan jika ada teman yang sangat memahami.
Buat pengakhiran kate, gumbira untuk aku tegaskan yang PMS memang best. Telus benar bunyinye. Best bagi aku bukan bermakna penuh keseronokan semata-mata. Tapi penuh dengan suka dan duka. Tipulah aku kalu aku kate seronok sepanjang mase. Tiadalah keseronokan hakiki, kerehatan sejati melaenkan di syurga. Syukur pada Pemilik dan Penguasa masa, kerana sepanjang minitku kat sana penuh dengan suka dan duka yang amat bermakna. Pengalamanni aku rase tak cukup diceritekan, malah mungkin tak meanrik dibaca di sini, melainkan dinikmati bersama, dikongsi bersama, dan dialami sendiri. Moge Allah jodohkan kite untuk bertemu dalam PMS akan datang.

Tuesday, April 24, 2007

exam

assalamualaikum,

exam is on the way just in 2 weeks time
that explained the hiatus..
that suggests that i'll be silent for a while..(we'll c how long that would last..)

wassalam...

regards,

zul Cork

Saturday, March 31, 2007

kenapa kita diciptakan?

assalamualaikum..

kenapa kita diciptakan?

(1) Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu.51:56

ibadat = menjada hamba dengan penuh penyerahan diri kpd Allah swt..mengaku keesaan Allah swt dgn menolak segala apa yang lain utk disekutukan dgn Allah..ini termasuklah dr aspek kepercayaan, aqidah, amalan hidup..diperbudakkan oleh Allah swt..bukan dgn sesama manusia mahupun nafsu sendiri...e.g menurut kemahuan nafsu sendiri sehingga mengenepikan tuntutan Allah bagaikan diperbudakkan oleh nafsu sendiri..menurut kemahuan manusia lain sehingga mengenapikan tuntutan Allah bagai diperbudakkan dan dipermainkan oleh manusia tersebut..

(read "4 kalimah di dalam al-quran" by sheikh almaududi)

(2)Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".2:30

khalifah = menjadi manusia yang akan sentiasa menarik org lain utk menunaikan tugas (1)..yg sentiasa akan mengingatkan manusia lain yang lalai akan tugas (1)..menjaga supaya manusia tidak terlepas dr ruang lingkup peribadatan dan penghambaan hanya kpd Allah swt..

therefore, from statement (1) and (2), it can be concluded that:
---every human being is a daei..every muslim is a born daei.. --

simple innit? just a lil play with logical thinking would do it..one doesnt have to be an einstein or a rocket scientist to understand all this..may Allah guide our life with His hidayah..

wassalam

Friday, March 30, 2007

fatamorgana

assalamualaikum,

lintasan hati yang hadir dalam jiwa amat susah utk dibezakan sama ada ia merupakan suatu gerak naluri hati atau ia adalah suatu bayangan fatamorgana sang iblis. garisan pemisah antara keduanya amat nipis. senipis kulit bawang. gerak hati yang suci akan sentiasa dipandu oleh hidayah drpd Allah rabbul jalil. segala tindak tanduknya akan sentiasa menepati kehendak Allah swt. tidak sedikit pun dalam hatinya terdetik niat jahat yang akan membawa kepada dosa dan maksiat. hati yang suci akan melahirkan amalan yang diredhai Allah. hati yang kotor akan dijelmakan melalui akhlak yang kotor. baginda rasulullah saw berkata mengenai hati yg mafhumnya..

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati" Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

sesekali terfikir muhasabah diri sejauh mana sucinya hatiku ini. konon bergelar daei, tp diri masih penuh dosa..hati ini masih sarat dengan karat2 jahiliyyah..amalan fardi masih kurang. bagaimana mahu mengharapkan kejayaan daawah jika hubungan dengan Allah masih lemah?
bagaimana mahu berjaya andai diri ini masih terleka dengan bayangan fatamorgana sang iblis laknat durjana yang mempamirkan kesenangan hidup di dunia sedangkan kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah suatu bayangan yang bersifat sementara. manusia sering leka akan hakikat ini. barangkali aku juga sering terlupa akan hakikat ini..oh Allah ampunkanlah dosaku..

nukilan tulisan dan bisikan isi hati,
ammar zahir

Friday, March 02, 2007

cubaan mengarang..=D

tajuk : akan difikirkan

Tariq :
Ziyad :
Ziyad : Ye akhi, ader aper nih..kalau yer pun bglah salam dulu..=D
Tariq : assalamualaikum..
Ziyad : waalaikumusalamwarahmatullahiwabarakatuh..aper kabar yer akhi..rindu samer
Anta..dah brp lamer yer tak jumper? Sebulan kot..hehe..
Tariq : ana tak sihat..ana tgh marah nih..sedih..keciwa..geram..semuer ader
Ziyad : hah? Aper nih? R you ok my dear akhi? bawak sabar byk2 akhi..igt Allah
Marah kerana allah..sayang pun kerana Allah..

Tariq has signed out.

Marah. Ya, itulah satu ungkapan yang dapat menjelaskan perasaan tariq ketika ini. Hatinya benar benar perit dan sedih serta marah dengan peristiwa yang telah berlaku ke atas dirinya sebentar tadi. Dirinya dirasakan begitu tertipu dan kecewa.

Hatinya tertanya tanya dimanakah nilai ukhuwwah yang pernah dilaung laungkan di dalam usrah? Kononnya dikatakan ada iman di sebalik ungkapan ukhuwwah. Apakah ada iman andai kiranya seorang sahabat melukai hati sahabat yang lain? Tariq sangat sangat tidak tenteram. Diucapkannya kalimah astaghafirullah, subhanallah, lailahaillalah berulang ulang kali untuk mententeramkan hatinya, namun hatinya masih berbolak balik. Lantas tariq bergerak menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu dengan tujuan yang sama iaitu untuk mententeramkan hatinya.

10 minit kemudian, telefon tariq berbunyi. Tiba tiba hati tariq berdebar debar untuk menjawabnya. Sesudah dilihatnya pada skrin telefon itu tertulis “hafiz is calling” terus dimatikan telefonnya itu.

“aah, aper lagi yang enta nak dari ana? Enta dah dapat kesemuanya kan? Puas lah hati enta! Dah jangan nak telefon atau bercakap dengan ana lagi!!sudah cukup!!“ getus hati tariq.

Ingin sekali tariq mengungkapkan kata kata tersebut kepada hafiz sahabatnya itu namun dia tidak terdaya. Kerana dia tahu andai kata kata tersebut diungkapkan, maka dia akan melukakan hati sahabatnya itu. Sungguhpun tariq benar benar terluka dengan tindakan hafiz ke atas dirinya, dia tidak sanggup untuk mengungkapkan kata kata tersebut di hadapan hafiz. Jauh di sudut hatinya, tariq masih sayangkan ukhuwwah ini. Hubungan suci yang dilandaskan dengan tali aqidah, hubungan yang diikat melalui ikrar daawah. Dia amat sayangkan hubungan ini. Dia tidak mahu hubungan ini terputus atas sebab sebab yang remeh.

“ya allah, berilah hambaMu ini kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Tunjukkanlah hamba jalan menuju keredhaanMu...Allah..Allah..Allah..“hatinya terus menerus berzikir.

Seketika kemudian, telefonnya berdering lagi dan sekali lagi terpapar di skrin telefonnya “hafiz is calling“ dan sekali lagi dia mengulangi perbuatan yang sama iaitu mematikan panggilan tersebut. Kemudian, telefonnya berbunyi lagi dan kali ini ia merupakan panggilan dari ziyad.

“assalamualaikum akhi, apa khabar? Kenapa nih? Enta sihat ke? Asal marah marah nih? Tak baik marah marah..jangan diikut hawa nafsu sangat..ingatlah syaitan mudah membisikkan dakyah jahatnya ketika manusia dalam api kemarahan..chill down la bro..hehe...“ terdengar suara mesra ziyad di hujung talian.

To be continued...

Wednesday, February 28, 2007

lamer tak berblog

assalamualaikum,

lama tak berblog..
kalau berblog pun mcm ader yg bacer jer kan..
bkn x der ide nak tulis..
byk jer yg terlintas ide dlm kepaler otak nih..
tp selalunyer ide tuh dtg bkn pd waktu yg seswai..

taknak lah tulis yg merepek2..
tanak jd penyumbang kefasadan ummat..
sudah cukup barat memesongkan aqidah umat islam..
aku tidak mahu menjadi agen mereka..
krn aku berjiwa bebas..

barat bukan tuhanku..
barat bukan rasulku..
barat bukan kitab panduanku..
barat bukan guruku..

habis siapa aku?

aku ada Allah sbg Tuhanku..
nabi Muhammad rasulku..
al quran kitab panduanku..
deenul haq guruku..
jd inilah aku..

bebas berfikir mengikut acuan itu..
bebas bertindak berlandaskan sunnah rasul saw..

siapa barat utk mengajarku?
kerana mereka juga sebodoh aku..
bertambah bodohlah aku andai aku seperti barat..
berganda bodohlah aku andai aku mencontohi mereka..

kerana aku bukan hamba mereka..
kerana aku lebih bijak dr mereka..
andai aku terus bersama islam..
jadi bodohlah aku jika aku tidak bersama islam..

sekian, wassalam..

Friday, January 12, 2007

aper nak jd dgn islam kita? melayu kita?

assalamualaikum,

sedih tatkala menerima email tentang keadaan islam di malaysia. cukupkahn dgn sekadar tidak meredhainya? mengubah kemungkaran dgn hanya tidak meredhainya adalah selemah2 iman..anda bacalah keratan email di bwh nih..jika anda rasa marah, alhamdulillah masih ada cebisan2 iman di dalam hati anda..jika tiada apa2 perasaan setelah membacanya, wajarlah kiranya anda bermuhasabah diri..iman anda adalah antara diri anda dan juga Allah swt..iman andalah yg akan menyebabkan amalan ibadat anda diterima..

saya mahu islam ini terus kekal di bumi ini. saya mahu anak cucu saya terus mengamalkan islam, terus menghargai, terus memperjuangkan islam di muka bumi. tapi andai perkara ini berterusan, masih ada lagikah islam untuk anak cucu kita?...

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak..

"Maksud Hadith rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah ummatku BUKAN dari kalangan ummatku".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa > pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini. Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion). Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur.
Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya.

Itulah akibatnya. Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini. Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini. Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang. Majlis Raja-Raja Bangkitkan

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbakistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.
Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti mereka
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam> kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam. Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memkai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya. Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa Jakim, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim. Allah S.W.T berfirman: "Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T. Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti Diraja Negeri Perak

Tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam.