assalamualaikum..
kenapa kita diciptakan?
(1) Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu.51:56
ibadat = menjada hamba dengan penuh penyerahan diri kpd Allah swt..mengaku keesaan Allah swt dgn menolak segala apa yang lain utk disekutukan dgn Allah..ini termasuklah dr aspek kepercayaan, aqidah, amalan hidup..diperbudakkan oleh Allah swt..bukan dgn sesama manusia mahupun nafsu sendiri...e.g menurut kemahuan nafsu sendiri sehingga mengenepikan tuntutan Allah bagaikan diperbudakkan oleh nafsu sendiri..menurut kemahuan manusia lain sehingga mengenapikan tuntutan Allah bagai diperbudakkan dan dipermainkan oleh manusia tersebut..
(read "4 kalimah di dalam al-quran" by sheikh almaududi)
(2)Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".2:30
khalifah = menjadi manusia yang akan sentiasa menarik org lain utk menunaikan tugas (1)..yg sentiasa akan mengingatkan manusia lain yang lalai akan tugas (1)..menjaga supaya manusia tidak terlepas dr ruang lingkup peribadatan dan penghambaan hanya kpd Allah swt..
therefore, from statement (1) and (2), it can be concluded that:
---every human being is a daei..every muslim is a born daei.. --
simple innit? just a lil play with logical thinking would do it..one doesnt have to be an einstein or a rocket scientist to understand all this..may Allah guide our life with His hidayah..
wassalam
Saturday, March 31, 2007
Friday, March 30, 2007
fatamorgana
assalamualaikum,
lintasan hati yang hadir dalam jiwa amat susah utk dibezakan sama ada ia merupakan suatu gerak naluri hati atau ia adalah suatu bayangan fatamorgana sang iblis. garisan pemisah antara keduanya amat nipis. senipis kulit bawang. gerak hati yang suci akan sentiasa dipandu oleh hidayah drpd Allah rabbul jalil. segala tindak tanduknya akan sentiasa menepati kehendak Allah swt. tidak sedikit pun dalam hatinya terdetik niat jahat yang akan membawa kepada dosa dan maksiat. hati yang suci akan melahirkan amalan yang diredhai Allah. hati yang kotor akan dijelmakan melalui akhlak yang kotor. baginda rasulullah saw berkata mengenai hati yg mafhumnya..
"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati" Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
sesekali terfikir muhasabah diri sejauh mana sucinya hatiku ini. konon bergelar daei, tp diri masih penuh dosa..hati ini masih sarat dengan karat2 jahiliyyah..amalan fardi masih kurang. bagaimana mahu mengharapkan kejayaan daawah jika hubungan dengan Allah masih lemah?
bagaimana mahu berjaya andai diri ini masih terleka dengan bayangan fatamorgana sang iblis laknat durjana yang mempamirkan kesenangan hidup di dunia sedangkan kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah suatu bayangan yang bersifat sementara. manusia sering leka akan hakikat ini. barangkali aku juga sering terlupa akan hakikat ini..oh Allah ampunkanlah dosaku..
nukilan tulisan dan bisikan isi hati,
ammar zahir

Friday, March 02, 2007
cubaan mengarang..=D
tajuk : akan difikirkan
Tariq :
Ziyad :
Ziyad : Ye akhi, ader aper nih..kalau yer pun bglah salam dulu..=D
Tariq : assalamualaikum..
Ziyad : waalaikumusalamwarahmatullahiwabarakatuh..aper kabar yer akhi..rindu samer
Anta..dah brp lamer yer tak jumper? Sebulan kot..hehe..
Tariq : ana tak sihat..ana tgh marah nih..sedih..keciwa..geram..semuer ader
Ziyad : hah? Aper nih? R you ok my dear akhi? bawak sabar byk2 akhi..igt Allah
Marah kerana allah..sayang pun kerana Allah..
Tariq has signed out.
Marah. Ya, itulah satu ungkapan yang dapat menjelaskan perasaan tariq ketika ini. Hatinya benar benar perit dan sedih serta marah dengan peristiwa yang telah berlaku ke atas dirinya sebentar tadi. Dirinya dirasakan begitu tertipu dan kecewa.
Hatinya tertanya tanya dimanakah nilai ukhuwwah yang pernah dilaung laungkan di dalam usrah? Kononnya dikatakan ada iman di sebalik ungkapan ukhuwwah. Apakah ada iman andai kiranya seorang sahabat melukai hati sahabat yang lain? Tariq sangat sangat tidak tenteram. Diucapkannya kalimah astaghafirullah, subhanallah, lailahaillalah berulang ulang kali untuk mententeramkan hatinya, namun hatinya masih berbolak balik. Lantas tariq bergerak menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu dengan tujuan yang sama iaitu untuk mententeramkan hatinya.
10 minit kemudian, telefon tariq berbunyi. Tiba tiba hati tariq berdebar debar untuk menjawabnya. Sesudah dilihatnya pada skrin telefon itu tertulis “hafiz is calling” terus dimatikan telefonnya itu.
“aah, aper lagi yang enta nak dari ana? Enta dah dapat kesemuanya kan? Puas lah hati enta! Dah jangan nak telefon atau bercakap dengan ana lagi!!sudah cukup!!“ getus hati tariq.
Ingin sekali tariq mengungkapkan kata kata tersebut kepada hafiz sahabatnya itu namun dia tidak terdaya. Kerana dia tahu andai kata kata tersebut diungkapkan, maka dia akan melukakan hati sahabatnya itu. Sungguhpun tariq benar benar terluka dengan tindakan hafiz ke atas dirinya, dia tidak sanggup untuk mengungkapkan kata kata tersebut di hadapan hafiz. Jauh di sudut hatinya, tariq masih sayangkan ukhuwwah ini. Hubungan suci yang dilandaskan dengan tali aqidah, hubungan yang diikat melalui ikrar daawah. Dia amat sayangkan hubungan ini. Dia tidak mahu hubungan ini terputus atas sebab sebab yang remeh.
“ya allah, berilah hambaMu ini kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Tunjukkanlah hamba jalan menuju keredhaanMu...Allah..Allah..Allah..“hatinya terus menerus berzikir.
Seketika kemudian, telefonnya berdering lagi dan sekali lagi terpapar di skrin telefonnya “hafiz is calling“ dan sekali lagi dia mengulangi perbuatan yang sama iaitu mematikan panggilan tersebut. Kemudian, telefonnya berbunyi lagi dan kali ini ia merupakan panggilan dari ziyad.
“assalamualaikum akhi, apa khabar? Kenapa nih? Enta sihat ke? Asal marah marah nih? Tak baik marah marah..jangan diikut hawa nafsu sangat..ingatlah syaitan mudah membisikkan dakyah jahatnya ketika manusia dalam api kemarahan..chill down la bro..hehe...“ terdengar suara mesra ziyad di hujung talian.
To be continued...

Subscribe to:
Posts (Atom)