Tariq :
Ziyad :
Ziyad : Ye akhi, ader aper nih..kalau yer pun bglah salam dulu..=D
Tariq : assalamualaikum..
Ziyad : waalaikumusalamwarahmatullahiwabarakatuh..aper kabar yer akhi..rindu samer
Anta..dah brp lamer yer tak jumper? Sebulan kot..hehe..
Tariq : ana tak sihat..ana tgh marah nih..sedih..keciwa..geram..semuer ader
Ziyad : hah? Aper nih? R you ok my dear akhi? bawak sabar byk2 akhi..igt Allah
Marah kerana allah..sayang pun kerana Allah..
Tariq has signed out.
Marah. Ya, itulah satu ungkapan yang dapat menjelaskan perasaan tariq ketika ini. Hatinya benar benar perit dan sedih serta marah dengan peristiwa yang telah berlaku ke atas dirinya sebentar tadi. Dirinya dirasakan begitu tertipu dan kecewa.
Hatinya tertanya tanya dimanakah nilai ukhuwwah yang pernah dilaung laungkan di dalam usrah? Kononnya dikatakan ada iman di sebalik ungkapan ukhuwwah. Apakah ada iman andai kiranya seorang sahabat melukai hati sahabat yang lain? Tariq sangat sangat tidak tenteram. Diucapkannya kalimah astaghafirullah, subhanallah, lailahaillalah berulang ulang kali untuk mententeramkan hatinya, namun hatinya masih berbolak balik. Lantas tariq bergerak menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu dengan tujuan yang sama iaitu untuk mententeramkan hatinya.
10 minit kemudian, telefon tariq berbunyi. Tiba tiba hati tariq berdebar debar untuk menjawabnya. Sesudah dilihatnya pada skrin telefon itu tertulis “hafiz is calling” terus dimatikan telefonnya itu.
“aah, aper lagi yang enta nak dari ana? Enta dah dapat kesemuanya kan? Puas lah hati enta! Dah jangan nak telefon atau bercakap dengan ana lagi!!sudah cukup!!“ getus hati tariq.
Ingin sekali tariq mengungkapkan kata kata tersebut kepada hafiz sahabatnya itu namun dia tidak terdaya. Kerana dia tahu andai kata kata tersebut diungkapkan, maka dia akan melukakan hati sahabatnya itu. Sungguhpun tariq benar benar terluka dengan tindakan hafiz ke atas dirinya, dia tidak sanggup untuk mengungkapkan kata kata tersebut di hadapan hafiz. Jauh di sudut hatinya, tariq masih sayangkan ukhuwwah ini. Hubungan suci yang dilandaskan dengan tali aqidah, hubungan yang diikat melalui ikrar daawah. Dia amat sayangkan hubungan ini. Dia tidak mahu hubungan ini terputus atas sebab sebab yang remeh.
“ya allah, berilah hambaMu ini kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Tunjukkanlah hamba jalan menuju keredhaanMu...Allah..Allah..Allah..“hatinya terus menerus berzikir.
Seketika kemudian, telefonnya berdering lagi dan sekali lagi terpapar di skrin telefonnya “hafiz is calling“ dan sekali lagi dia mengulangi perbuatan yang sama iaitu mematikan panggilan tersebut. Kemudian, telefonnya berbunyi lagi dan kali ini ia merupakan panggilan dari ziyad.
“assalamualaikum akhi, apa khabar? Kenapa nih? Enta sihat ke? Asal marah marah nih? Tak baik marah marah..jangan diikut hawa nafsu sangat..ingatlah syaitan mudah membisikkan dakyah jahatnya ketika manusia dalam api kemarahan..chill down la bro..hehe...“ terdengar suara mesra ziyad di hujung talian.
To be continued...
2 comments:
Salam akhi..
bila nak sambung??
hehehe..
Boleh tahan juga anta mengarang~..
haha..bz lah akhi..kerja bertimbun2..nih cubaan tatkala idea tgh dtg mencurah..pastuh tetiber kering..taun depan jer kot sambung..=D
Post a Comment