Tuesday, October 30, 2007

10 Muwasafat tarbiyyah

Assalamualaikum..

Imam syahid Hassan Al Banna telah menggariskan beberapa sifat yang perlu dimiliki oleh seorang individu dalam memenuhi kerangka sebagai seorang muslim yang benar2 beramal dengan islam. Marilah kita bersama berusaha sedaya mungkin untuk memiliki ciri ciri ini...

  1. Kuat tubuh badan
  2. Akhlak yang mantap
  3. Fikiran yang berpengetahuan
  4. Mampu berusaha
  5. Akidah yang sejahtera
  6. Ibadah yang betul
  7. Mampu melawan nafsu
  8. Menjaga waktu
  9. Tersusun dalam urusan
  10. Berguna untuk orang lain.

Strive for excellence...

"hal jaza'ul ihsan ni ilal ihsan"...tidak ada balasan ihsan selain ihsan.. arrahman : 60

Saturday, October 20, 2007

The Open House..


.:Uhibbukum Fillah:.



.:The Foods:.



.:The Guests:.




.:The Guests:.




.:The Guests:.


.:The Guestbook..Thanks For Coming:.





Jazakumullah all..

wassalam







Monday, October 15, 2007

Sunday, October 14, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Selamat hari raya aidilfitri..
Buat teman2 dan rakan seperjuangan sekalian..
Semoga amalan kita diterima olehNya..
Selamat menjadi manusia yang baru..
Semoga segala dosa yang lalu diampuni Allah swt..

wassalam

Wednesday, October 10, 2007

Best sangat ke PMS nih?

Ader Aper Dengan PMS
Oleh : Es Kay..peserta PMS 2006

Alhamdullah, bersyukur aku kehadrat Penguasa sekalian alam kerana dengan izinNya aku yang hina ini diberi peluang untuk berkomentar berkenaan Perhimpunan Musim Sejuk UK & Eire (PMS) atau juga dikenal pasti sebagai Winter Gathering dan tidak ketinggalan ada yang memanggilnya Winter Retreat. Walau apapun namanya,ia merujuk kepada suatu agenda yang sama, yang pastinya ditunggu-tunggu segenap lapisan usia pelajar UK & Ireland, satu percutian penuh suka duka,satu memori tak dilupa,sarat dengan ilmu pembuka minda, pemangkin taqwa.

Bile bercakap berkenaan perhimpunan pastinya ramai benar yang hadir. PMS yg lepas bagi aku bukan setakat menghimpunkan ramai orang dari seluruh pelusuk UK & Ireland, malah ade juga orang yang dari Malaysia pon ader. Macam-macam jenis student ade, engineering, teachers, medic jangan dibilang la. Majority.. Malah yang buat IB pon ade. Hidup diperantauan nih, jika bertemu teman sepermainan, teman sepertengkaran, teman seperjuangan…pastinya nikmat dunia kurniaan Tuhan maha kaya yang laen kelihatan murah skali. Persahabatan lama semakin utuh persaudaraan baru terjalin, ukhuwah yang berkekalan pada jalan Illahi.

Macam mane pulak dengan aktiviti. Senang cerite almost complete. Rohani, jasmani, mental dan fizikal sumer ader..best ke tak best tu subjektif. Tetapi bagi aku memang best. Lupe pulak nak bagitau, tema tahun lepas ‘Magnificient Of The Ummmah. One Aspiration, One Inspiration, One Mission (AIM)’. Tema pon dah gempak. Apetah lagi isinya. Disini baru aku rasekan bertape bangganye aku menjadi seorang Muslim. Bukan seperti sebelumnya, malu dan takut dipandang orang bukan Islam kerana title terrorist yang tak berasas. Banyak sagat aktiviti yang best, nak cerite semua pastinya tak cukup kertas. Tapi yang paling memenatkan mase buat Explorace. Habis satu Bandar Warrik aku jelajahi. Lupa nak bagitau, tahun lepas buat kat Conventry, dekat dengan Birmingham. Warrik tuh dalam 45 minit dari Conventry, siap kene naek bas. Yang bestnyer sbb dpt jln2 pusing2 warwick sambil bergambar. Ade jugak pengisian yang disampaikan oleh penceramah dr serata dunia, antaranya Ustaz Muhaimin dari Malaysia dan Ustaz Salleh dari Brunei. Bro Waseem Yaacob Pakistani English dan tokoh dari Egypt, Dr. Kamal Helbawy, Chairman of the Centre For The Study Of Terrorism and Muslim Investment Cooperation. Yang pastinya, input yang diberi memang sukar didengar dimana-mana tempat lain. Kalau biasenye boleh tertidur mase dengar ceramah, aku la tu rasenye, tapi tidak mase PMS yang aku hadiri dulu. Ape lah ertinya percutian menelan belanje mase yang berharga sebuah nyawa seperti kata Saidina Omar, atau emas bertan-tan bak kata orang Melayu lame dan baru. kalau hanya pulang dengan keseronokan dan gambar-gambar kenangan.

Ade lagi satu bende best. Yang nih musti join. Ade aktiviti Pre-PMS and Post-PMS. Aktiviti jalan-jalan sebenarnye. Aku join Pre aje. Tak dapat join Post-PMS sebab dah cukup kuota. Tahun lepas Pre-PMS ade 2 group, satu pergi jelajah London dan South part of UK. Satu lagi pergi Sepanyol. Post-PMS pulak yang aku tahu pergi France. Rasenye ade gak trip ke tempat laen. Tapi aku tak pasti. Sebab frust tak dapat join Post-PMS. Inilah akibat lambat sangat sign up. Pengajaran. Bunyinye macam banyaknye la berjalan-jalan. Macam mane pulak pasal perbelanjaan. Persoalan ini tak perlu dirisaukan. Sebab sume senior baek hati belaka. Bukan maksudnye akan dibelanje, tapi setiap sen yang dikeluarkan diatur dengan baek sekali. Inilah mase terbaek untuk kite kenal benar siapa rakan kite. Saidina Ali rasenye ade cakap, kalau kite nak kenal benar dengan rakan kite keluarlah bermusafir bersamanya selama 7 hari. Tidur bersama, makan bersama, susah bersama, senang bersama. Alangkah indahnya hidup di perantauan jika ada teman yang sangat memahami.
Buat pengakhiran kate, gumbira untuk aku tegaskan yang PMS memang best. Telus benar bunyinye. Best bagi aku bukan bermakna penuh keseronokan semata-mata. Tapi penuh dengan suka dan duka. Tipulah aku kalu aku kate seronok sepanjang mase. Tiadalah keseronokan hakiki, kerehatan sejati melaenkan di syurga. Syukur pada Pemilik dan Penguasa masa, kerana sepanjang minitku kat sana penuh dengan suka dan duka yang amat bermakna. Pengalamanni aku rase tak cukup diceritekan, malah mungkin tak meanrik dibaca di sini, melainkan dinikmati bersama, dikongsi bersama, dan dialami sendiri. Moge Allah jodohkan kite untuk bertemu dalam PMS akan datang.