Sunday, November 25, 2007

Ukhuwwah..what it actually means

Ukhuwwah Fillah, Hubungan Sentimental:

Sayid Qutb berkata:" Hubungan yang sentimental dan kudus. Bukan sekadar menatijahkan komitmen-komitmen yang terhad seperti hak pesaka atau perkongsian membayar diat yang dinatijahkan oleh hubungan darah yang suatu ketika dahulu diwajibkan juga dengan sebab menjadikan seseorang sebagai anak angkat (tabanni). Supaya pengambilan anak angkat tanpa sebarang ikatan nasab tidak berlaku di dalam jamaah muslimah (masyarakat Islam) selepas ia dibatalkan".

Hubungan ukhuwah ada realitinya. Antaranya kisah persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar. Ia merupakan salah satu dari banyak kisah yang benar-benar berlaku di alam nyata sekalipun nampak pada tabiatnya lebih hampir kepada gambaran mimpi. Sesungguhnya ia adalah realiti yang telah berlangsung di bumi ini tetapi pada hakikatnya ia sebenarnya datang dari alam dan syurga yang kekal abadi.

Bergandingan, menuju matlamat suciMembasmi fasad yang angkuh dan merajalelaMembenteras penyamun dan segala pengkhianat

Ukhuwah Syiar Ummah
Ukhuwah menurut Islam adalah semata-mata kerana Allah, menepati manhajNya dengan tujuan merealisasikannya. Ukhuwah yang terpancar dari taqwa dan Islam. Batu asasnya ialah perpaduan di atas tali Allah; janji, manhaj dan agamaNya. Bukan hanya perkumpulan atas nama mana-mana tasawwur dan matlamat, dan bukan melalui tali-tali jahiliah yang lain.

Maksudnya:

Ukhuwah yang bersatu padu dengan tali Allah ini merupakan nikmat kurniaan Allah kepada jamaah muslimah, nikmat yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikasihiNya. Dengan itu jamaah muslimah di Madinah tertegak di atas dua asas;

i) Iman dengan Allah yang terpancar dari makrifah dan pencernaan sifatNya di hati, taqwa, muraqabah, yaqazah dan sentiviti yang memuncak

ii) Limpahan rasa cinta yang mendalam, kasih sayang yang suci dan indah serta permuafakatan yang sungguh-sungguh dan mendalam. Kalaulah ia tidak benar-benar berlaku, maka ia dikira sebagai mimpi-mimpi indah di malam pengantin.

Justeru itu kita perlu kembali untuk cuba merealisasikan pengertian ukhuwah sebagai sebahagian dari percubaan untuk menghidupkan semula fiqh dakwah. Sesungguhnya ukhuwah adalah syiar dakwah kita, lambang identiti dan perjanjian yang dimeterikan.
Rentetan pengalaman sentiasa membekalkan dakwah suci ini dengan pengetahuan-pengetahuan baru yang mendorong ia mencari apa jua wasilah ke arah mencapai kelebihan ini, dan menghimpunkan pendokong-pendokongnya di atas asas mahabbah, muafakat dan toleransi. Sebagai tanda kesempurnaan binaan tinggi yang terpacak kukuh ini, anda dapat melihat dari jauh lagi kesatuan pendapat, buah fikiran, imaginasi, harapan dan destinasi, kesatuan hati dan ruh, bahkan kesatuan lafaz juga. Anda tidak akan mendengar kecuali laungan yang satu meneriakkan kefahaman yang satu dengan ungkapan yang hampir serupa. Itulah yang dicitakan oleh Iqbal dengan syair beliau;

Dengan nikmatNya kita bersaudara, Hati, ruh dan ungkapan kita serupa.
Kesatuan hati sahaja tidak memadai, sehingga lahir kesatuan ungkapan.
Hati yang sakit tidak mengenal kebaikan Tiada reformasi tanpa memperbaiki diri
Bilakah ummah akan bangkit sedang hati ternoda, Saf tidak terjaga, kesatuan porak peranda.

IKATAN UKHUWAH DAN CARA MEREALISASIKANNYA.

Di dalam bukunya "Peringatan Buat Para Daie" Maududi berpendapat:
Di samping sifat-sifat peribadi yang dituntut dari seorang pendakwah, kita juga memerlukan sifat-sifat dan akhlak-akhlak lain untuk mengasaskan dan menjaga kehidupan berjamaah. Tidak dapat dinafikan bahawa untuk memastikan peraturan jamaah berjalan lancar serta memaksimumkan keserasian dan faedahnya, para ahli mestilah saling kasih-mengasihi dan percaya mempercayai antara satu sama lain, sedia bertukar-tukar nasihat dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran demi kemajuan diri sendiri dan mereka yang bersamanya di jalan dakwah. Mana-mana jamaah pun di muka bumi ini tidak boleh terkecuali daripada memiliki sifat-sifat ini. Andaikata setiap individu menghiasi diri masing-masing dengan sifat-sifat dan akhlak terpuji yang paling tinggi, tetapi mereka tidak bergabung dengan ikatan ukhuwah, tidak meladani akhlak berjamaah di atas, nescaya mereka tidak akan mampu untuk menghadapi dan melawan kebatilan. Ternyata setiap individu itu saling lengkap melengkapi dengan orang lain dalam kehidupan di dunia ini. Jika ukhuwwah seperti muafakat yang baik, simpati, ikhlas, ithar dan pengorbanan tidak wujud di kalangan mereka, pasti kelainan tabiat mereka akan menggagalkan sebarang usaha kerjasama mereka kerana ia hanya berjalan berasaskan prinsip "Ketepikan kecenderunganmu kerana saudaramu, dan beliau pula mengenepikan keinginannya keranamu". Sifat ithar dan pengorbanan ini sangat penting.

Daripada Anas (r.a), seorang lelaki bertanya kepada nabi (s.a.w) tentang hari kiamat. Beliau berkata: Bilakah kiamat? Baginda menjawab: Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapinya? Beliau menjawab: Tiada apa-apa kecuali perasaan kasihku kepada Allah dan rasulNya. Baginda bersabda: Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi. Anas berkata: Tiada yang lebih mengembirakan kami selain daripada sabda baginda "Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi". Aku mengasihi nabi, Abu Bakar dan Omar, dan aku harap dapat bersama mereka walau pun amalanku tidak sebaik amalan mereka.

Bagaimana Merealisasikan Ukhuwah

Sabda Rasulullah (s.a.w) mafhumnya:
Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu tidak beriman sehinggalah kamu berkasih sayang. Apakah kamu mahu aku tunjukkan suatu perkara apabila kamu melakukannya kamu akan berkasih sayang. Sebarkanlah salam di antara kamu.

As-Syahid Sayid Qutb berkata: Para pendakwah, penyeru kepada kebaikan dan pencegah kemungkaran mesti memiliki iman yang akan menjamin penerusan mereka di atas jalan yang sukar ini, menanggung bebanannya ketika mereka terpaksa menghadapi kejahatan yang merajalela dengan segala keingkaran dan keangkuhannya, menghadapi gelombang syahwat yang menggunung, menghadapi penurunan semangat dan keazaman serta kesukaran untuk membasmi ketamakan... Dan bekalan mereka ialah iman , imanlah senjata mereka dan Allah sahajalah sandaran mereka... semua bekalan selain iman pasti akan kehabisan, semua senjata selain iman pasti akan lemah dan semua sandaran selain Allah pasti akan roboh.
Iqbal memberitahu kita peranan iman menyatukan tasawwur seperti yang ditegaskan oleh Sayid Qutb:

Pendapat dan fikrah kita disatukan Bagai anak-anak panah dalam satu bekas
Kita adalah fikrah dan imaginasi yang satu Harapan dan kecenderungan yang satu iii
Inilah kesatuan yang semaksimumnya dengan wasilah yang paling minimum. Pandangan, fikrah, imaginasi, harapan dan kecenderungan yang satu. Semua ini dibuahkan oleh iman. Alangkah mudah penghasilannya bagi mereka yang memiliki hati yang dibajai oleh iman ini.
Para sahabat dan tabien telah meletakkan alamat-alamat mewangi berdasarkan pengalaman mereka yang amat bernilai:* Duduklah bersama kami, kita merasai sedetik iman.* Marilah merasai sedetik iman.* Majulah bersama kami meningkatkan iman.* Duduklah sehingga siapa yang jahil mengerti.* Wahai hati, kesihanilah daku, aku sering melakukan kekasaran.* Marilah bermunajat di mihrab.

Namakan ia apa saja, cogan kata atau seruan. Apa jua namanya, ia tetap merupakan kaedah amal yang mesti dipatuhi oleh sesiapa yang berusaha menyatukan hati-hati manusia.
Setiap muslim mesti kembali berteduh di bawah situasi ini... situasi persaudaraan imani dan tiangnya yang teguh ... agar hatinya tenteram, menikmati kedamaian di bawah payungan jamaah seperti burung-burung kembali ke sarang-sarang dan tempat persinggahannya sebagai tempat kediamannya yang dipayungi dengan ketenangan hakiki.

Rintangan-rintangan ukhuwwah
Penghayatan ini akan menatijahkan pertemuan dan perhimpunan. Oleh itu perlulah diketahui tanda-tanda perhimpunan yang bermanfaat dan dijauhi dari beberapa keburukan yang mengiringinya.

Kesimpulannya: Berusaha mencari manfaat kerana Ad-Din. Itulah perkataan yang paling jami' dan mani'(paling tepat) dan paling ringkas dalam panduan berukhuwwah. Zainal Abidin Ali bin al-Husain bin Ali (r.a) menggarapnya dengan kata-kata beliau; "Seseorang itu hendaklah hanya duduk bersama orang yang dapat memberi manfaat untuk agamanya".
Iqbal menghuraikannya dengan untaian syairnya yang tegas tanpa mengingini kita memanjangkan bicara. Beliau bermunajat kepada Allah (s.w.t)
Kesimpulan kepada prosa ini ialah: Sesungguhnya seorang Daie Muslim merupakan penyeru kepada yang lain di mana ia tidak ada hubungan langsung dengan dunia. Hubungannya hanya dengan akhirat, kerinduannya hanya kepada syurga.Antaranya dan dunia tidak ada tali penghubung.Sekiranya engkau lari daripadanya nescaya engkau akan mendapatinya. Sesungguhnya itulah sebenarnya sahabatmu.Bersaudaralah, kasihilah, bertemankanlah dan berikanlah kepadanya seperti yang dia berikan kepadamu. Kalau tidak engkau adalah seorang yang lemah. Amat benarlah kata-kata yang mengatakan:"Selemah-lemah manusia ialah orang yang keterlaluan dalam mencari saudara dan lebih lemah lagi daripadanya ialah orang yang mensia-siakan apa yang telah didapatinya". Maka carilah saudara, mudah-mudahan kami dapat mengangkat daripada engkau sifat kelemahan tersebut.

Dalam masalah ini Ibnu Qaiyim memberikan ungkapan ringkas tetapi menyeluruh, lahir dari pengalaman seorang daie yang benar-benar peka. Beliau adalah seorang yang berpengalaman dalam banyak majlis-majlis yang diadakan pada zamannya. Kata beliau:
Pertemuan dengan saudara terbahagi dua;
1) Pertemuan semata-mata memenuhi kehendak naluri dan menghabiskan waktu. Pertemuan ini, keburukannya lebih besar dari manfaatnya, sekurang-kurangnya ia merosakkan hati dan menyia-nyiakan waktu.
2) Pertemuan kerana saling bantu membantu mencapai kejayaan dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Pertemuan seperti ini membuahkan dana yang besar dan menguntungkan.
Begitu pun ia mempunyai tiga rintangan:
i) Masing-masing menghiasi diri untuk sebahagian yang lain.
ii) Bercakap dan bergaul melebihi keperluan.
iii) Ia bertukar menjadi hobi dan budaya yang menyimpang dari tujuan asal.

Andaikata budaya berhias-hias dan membuang waktu mempunyai kesan yang terhad, ia dapat diatasi dengan sedikit kejutan dan peringatan tetapi ternyata kedua rintangan ini kesannya luas menjangkau keduanya dan dapat melahirkan sikap `sukar memberi kemaafan' di kala keduanya (penyakit) berkumpul. Sedangkan kehidupan bermasyarakat amat perlu kepada akhlak toleransi dan sedikit kelonggaran bagi mereka yang menghidupkannya.Sebenarnya inilah punca yang menyebabkan ulama silam dan sekarang sentiasa berpesan dengan sifat berlapang dada dan berkasih sayang.